Nuffnang

Friday, August 24, 2012

1st Syawal 1433H di Malaysia Hall, Dublin

 
Seperti biasa, bila nak raya tak kiralah Aidilfitri or Aidiladha, kami semua especially Embassy staff akan busy di Malaysia Hall, Dublin.  Ada jugak few students yang datang tolong.  Balik ke rumah masing-masing awal pagi 1st Syawal tu memang perkara lumrah.  Penat, tapi we enjoyed.  Sebab semua dah macam keluarga sendiri.  Meriah sangat.  I love staying here.  Walaupun kami Mission yang kecil di sini, tapi Alhamdulillah, officers and staff tak kira Home Based Staff (HBS) and Locally Recruited Staff (LRS) semuanya ok-ok belaka. 
Aidilfitri kali ni, we all menghidangkan nasi kerabu berlaukkan sayur-sayur, daging bakar, ikan goreng tepung, ayam berempah, nasi himpit, satay, rendang daging, kuah kacang dan tak lupa pelbagai kuih raya.
Masakan kali ni memang terbaik.  Habis semua dan yang hadir semua dapat merasa juadah yang dihidangkan.  Alhamdulillah.

Lada ni buat hiasan saja :D

Berdiri tegak dah macam nak nanyi lagu Negara-Ku 

"Happy Eid Mubarak 1433H dari saya yang berada jauh di perantauan"
sob sob sob

The Kids

The Ladies

The Embassy Members

Fresh flowers tema kali ni

Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri dari Ireland

Di kesempatan ini, saya dan Ahmad Iskandar ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H kepada semua pembaca blog saya ni.  
Maaf Zahir dan Batin.

If only I have a daughter :(

Tengah berjalan-jalan kat Dunnes Store located at Henry Street ni...terpandang this bedsheet for girl.  Lawanya lah hai...so sweet.  If only I have a daughter.  Memang aku dah belikan for her.  
 

Voila Cafe

Dah lama teringin nak minum-minum kat cafe ni.  Voila Cafe nama diberi.  Manjang je terlepas kalau lalu depan cafe ni.  So, last few days pergilah minum kat cafe ni.  Memang lawa interior design cafe ni.  Kiranya my first impression on this cafe dari luar memang betul.  Wow, lately ni my instinct, my impression on people ke, or anything betul sokmo.  my 6th sense sudah bertambah baik? hehe 

 
 Oh lilies.  My flower!

Latte+homemade scone+butter+raspberry jam

Homemade scone ni memang sedap! 
(Ok, camana ko tak gemukz Zara oiiiii)

Misi mencari pinggan mangkuk

Almaklumlah, selama ni memang aku sangat tak berapa nak minat dalam membeli pinggan mangkuk ni.  Tapi sekarang ni aku rasa inilah tiba masanya untuk beli set dinnerware yang proper sikit kan? Yelah, tak adalah malu kalau nak menjemput orang ke rumah.  Buat makan-makan kan? hehe
So, antara gambar yang berjaya diambil sepanjang pencarian tersebut.  

  
Noritake Buckingham Gold Dinnerware Set 50 pcs uooollllsss..€399 lebih kurang RM 1600.00.  Ada yang bagi tau kat Langkawi RM20K??? Dan ada yang kata nampak kat Parkson Grand in KL which cost about RM12K.  Perghhh begitu mahal rupanya brand ni.  Aku tak pernah nak ambil tau pun dulu hehe.  Tapi tak taulah how many pieces kat Malaysia nun.

Ni plak,new set from Portmeirion.  Sweet je kan?

Wedgwood ok yang ni.  Aku suka sangat yang ni.  Lawanya...tapi harganya pun lawa hehe 
(Model dalam pic ni, monyok je muka yelahkan kena ikut Mommy dia pergi tengok pinggan mangkuk kan? boring je hehe..bertabahlah ye nak.)

Yang ni plak, dinnerware set from Royal Albert, Polka Blue gitu.  Nice tak???