Nuffnang

Monday, May 28, 2012

Isu PTPTN masa kini...apa pandangan anda???

Ok, tajuk aku kat atas ni saja bikin gempak.  Bagi siapa yang masih berhutang dengan PTPTN tu, try click sini.  
Kalau korang nak check berapa lagi yang korang hutang plak, sila click sini.  Tapi, korang perlu dapatkan No. Pinjaman korang dulu.  Kalau tak tahu, sila hubungi HOTLINE PTPTN : 03-2080 4455 atau ajukan kepada Aduan Online untuk mendapatkan nombor pinjaman bagi membolehkan tuan/puan membuat semakan penyata kira-kira secara online.

Sekarang, tak ada alasan kenapa korang tak dapat or tak boleh bayar hutang PTPTN ye.  Aku dulu dah buat tolakan gaji selama RM50 sebulan.  Lepas tu, dah tamat perjanjian, masih lagi tunggak yelah sebab dulu aku pernah tak bayar selama tiga tahun sey.  Aku dulu pinjam RM5000.  Sekarang masih ada tunggak RM3200.  Ni dalam proses pembayaran untuk langsaikan hutang PTPTN aku ni. InsyaAllah sekali dua lagi pembayaran akan habis.  Amin.

Apapun, pada aku, saper yang berhutang tu, bayarlah.  Kalau rasa tak mahu or tak mampu bayar, toksah berhutang ye kekawan.  Sekarang ni, ramai aku dengar orang bercerita tentang PTPTN ni.  Time korang dapat duit PTPTN pergghhh..bukan main lagi.  Students dah pakai iPhonelah, Samsung Galaxy lah...lappy nak dari Apple jek..apa panggil tu? iMac? iMac Air? iMac Pro? iPad 3? Kira yang latest nya keluaran, kalau boleh semualah nak students yang dapat pinjaman PTPTN ni nak belilah...tapi, bila part nak membayar, perggghhh..siap ngan mak pak ikut memberontak.  Agak-agakkan, time anak-anak dapat duit PTPTN tu, tanya tak duit tu buat beli apa? hehe

Ala, senang je konsep hidup kan? bila dah BERHUTANG tu, BAYAR jelah!  Kecoh.  Opsss jangan marah.  Saya sekadar meluahkan pendapat.  Nanti ada plak aku kena hentam! Biasalah, kita kan mudah melenting bila terkena batang hidung sendiri.  Ini aku bercakap tentang diri aku.  Bukan orang lain pun.   Ahaksss..

My 120th follower: Cik Najwa

Cik Najwa, blogger Dari Teratak Kain Vietnam, http://kainsaigon.blogspot.com

Sila hubungi saya di emel zara1009@gmail.com agar saudari dapat memberikan address saudari memandangkan saya ingin memberi saudari "HADIAH MISTERI" memandangkan saudari merupakan my 120th followers.  Terima kasih kepada semua pembaca blog saya, secara senyap ataupun terang-terangan.  Gitu.  Nanti kalau ada budget lagi saya akan randomly pick-up nama korang ek.  


 

Hello sunshine

Jarang sekali kat Ireland ni nak dapat merasa hangatnya mentari.  Kira depa ni memang jakun habislah kalau tengok forecast of nice weather di sini.  Well, termasuklah aku.  Bukan senang nak berjalan kat luar tanpa membawa dan memakai jacket.  Kat sini, angin tu yang buat sejuk.  Typical English weather lah katakan.  Last weekend, kami mengambil kesempatan keluar ke pantai ala-ala sun bathing for us gitu.  Tapi aku taklah, siap bertopi bagai.  Takut golap wkakakak (mengadakan?sangat ok!).  

Aku dan Is ke Brittas Bay (Description on Brittas Bay: Brittas Bay is one of the finest beaches on the East Coast and is the most popular beach around for day tripping Dubliners to get out of the city on a summer day. Brittas Bay has a 5km stretch of beautiful white sand dunes and clean beaches. This beach has won a European Union (EU) Blue Flag - the interntional emblem for the highest quality beach areas in Europe - for five consecutive years. With no headlands to interfere with the peaceful rhythm, it is ideal for bathing, sailing and walking. Brittas has a 2mile/3.2km stretch of powdery sand and sand dune system which is a designated area of significant interest. The dunes are home to many interesting wildlife species and plants, including a number of rare species.  Brittas - the word, which occurs in Brittas Bay, the County Wicklow seaside resort, and in several Irish place-names is a direct borrowing from the Old French bretesche meaning "brattice/boarding/planking". The word refers to wooden defences often associated with a motte or castle-mound of the Anglo-Norman period; the use of the word "brittas" in place-names implies that the mound in question is an Anglo-Norman motte, rather than a native Irish raised earthwork).  aku cilok dari http://www.brittasbay.org/

Punyalah ramainya orang...sun bathing gitu 

Dah lama si Is tak mandi laut masin gitu.  So, bagi chance.  

The shadow

Lama dah selipar ni tak berkhidmat...

Lawakan?

It's summer guys!

Summer collection

It's summer now babe. Baju yang banyak dijual di pasaran semuanya lawa-lawa.  So colourful, ceria gitu.  Saya suka...sangat ok.

Berkenan dengan dress by Hobbs ni...price tak sure berapa.  
But i believed sure mahai giler hehe 
(now dah jadi sayang €!)
Konon-konon nak membeli dress ni dengan harapan jadi lawa cam ini model hahaha

Long dress in yellow ni plak dari French Connection.  Harga €250.00 gitu.  Suka gak, tapi takpelah..abaikan sebab mahal gitu ahakkksss 
(mak tak mampu nak beli hahaha)
 

Si mata sepet kesayanganku

Aku jadi rindu zaman anak aku kecik-kecik.  Dengan mata dia yang sepet, muka putih melepak (well, dia ni muka je putih..badang kaki tangan semua lebih gelap..mungkin pasal kecik-kecik kena cahaya lampu direct kot..yelah sebab penyakit kuning yang serious gitu hehe).
Kalau ke mana-mana dulu, ramai yang tanya...father si Is ni Cino ke. Yelah, sebab mata dia punyalah sepet.  Tak ikut aku pun.  Argh..how time flies kan? Pejam celik, pejam celik dah 10 tahun anak aku.  Banyak betul pengalaman yang aku lalui dalam membesarkan anak aku ni.  Mana mungkin kalau aku nak hidup tanpa dia di sisi aku kan? adui, tetiba sayu plak hati ni.  Nanti, satu hari, mama nak suruh Is baca blog Mama ni.  Suka, duka, kehidupan mama.  (Walaupun takdelah banyak cerita tentang my personal life kan...hehe)
Apapun, i miss those moments...


Now, you are big brother already my Ahmad Iskandar...

Thursday, May 17, 2012

Body spa, pedicure & manicure at home

Semalam, semangat betul nak memanjakan diri sendiri di rumah. Nak buat body spa, nak buat pedicure and manicure sendiri.  Adui, dah lama sangat tak ke spa.  Almaklumlah, terasa sayang duit bila dah kat sini hahaha.  Balik kerja terus ke Tesco area rumah cari alat-alat untuk buat pedicure and manicure, cari bunga-bungaan sikit.  Wah, semangat berkobar-kobar ok.  Lepas hantar Is pergi mengaji, then masak siap segala, aku suruh Is belajar dulu sementara aku memanjakan diri sendiri gitu.  Berendam air suam-suam kuku dalam bath tub, yang dipenuhi dengan bunga-bungaan wangi dan berwarna-warni, letak bubble foam banyak-banyak bagi buih..tara...berendam dekat 45 minutes jugaklah, sambil dengar alunan lagu-lagu dari Radio Era.  Lepas keluar bath tub, terasa segar badan, minda juga.  Spray body spray Victoria Secret aku lupa plak apa bau dia..sedap gitu.  Lepas tu, buat pedicure and manicure sendiri.  Tak samalah macam kalau kita pergi ke salon, orang buatkan semua.  Tapi yelah, better than nothing kan?

Kata Hati:  Adui, terasa lama sangat tak pamper diri sendiri.  Balik Malaysia nanti, nak pamper diri puas-puas gitu hehe

Habis satu bilik air dipasang dengan lilin yang wangi..dah macam kat spa

Wednesday, May 16, 2012

Nak jadi pelukis komik plak dah...

Si Is sekarang rajin benar melukis. Tapi yang dilukisnya komik. Sampai pernah tanya aku, boleh tak dia nak jadi pelukis komik. Aku tanya balik,dapat tak banyak duit? Dia jawab, banyak mama..macam bla bla bla (pelukis komik dari Jepun) yang aku lupa nama dia hehehe

Aku pun dah tak tahu nak jawab apa..last2 aku jawab nak jadikan hobi melukis komik ni boleh..apapun PELAJARAN tu tetap penting dan mesti diutamakan..(wah ayat!) hehe

Thursday, May 10, 2012

Selamat Pengantin Baru

AA
salam
zara..i xsuka u berkawan dgn AA..n i xnk u cntc each othr..oke..tq..

Sape ni?
(Aku tanya sebab dia guna account si AA..and takkanlah plak si AA yang minta aku jangan berkawan ngan AA kan? hehe)

AA
i HR..u kenal i..but u never respect my relationship..behave zara..i xnak u ganggu hidup kteorg..pls..

What do u meant by i never respected your relationship?i need the explaination.
U, he loves you.apa yang u takut sangat?

HR (ni HR guna account FB dia)
sorry about dat zara..i tertekan skrg..u noe lg 3 months i n AA akan kawin..all preparation semua da buat..zara before i kenal dia its not easy tuk i terima dia..terlalu byk dugaan i terpaksa tempuh..n now all planing semua da jalan..i ingat dia da serious untuk berfikiran matang..tp i salah..hari nie terbukti sgala2 nya zara..i xsangka dia seteruk 2..hati i sakit zara..sakit..i xtau dgn siapa ptt i share..too much zara..

HR, what actually happened? it's nothing happened between me and him. trust me. we are just being frens. and i know you are nice girl. he loves you. kalau tak xkan dia nak kawin ngan u kan? so, u should trust him k

Pastu, terus HR tak balas message inbox FB aku.  Pada aku, HR jadi cam gitu sebab dia rasa kurang percaya dengan AA kot.  Mungkin dah banyak pengalaman yang dia lalui sepanjang dia bercinta dengan AA.  Wallahualam.  Wanita ni, sekali ditipu, kalau dapat hidup seribu tahun, maka seribu tahun jugalah wanita ni akan ingat, bak kata pepatah, "I can forgive but i can't forget", kata pepatah lagi, "Without trust, love is unstable".  See, betapa pentingnya TRUST dalam perhubungan.  Makanya, janganlah MENIPU dalam perhubungan dan percintaan gitu.  Sebab, bila MENIPU...pasti KANTOI...dah kena dengar lagu KANTOI plak ni..kekeke

Erm..berbalik pada AA dan HR, aku tak tahulah apa cerita depa dua ni.  Janganlah tak jadi nikah plak kan?  Aku doakan agar depa dua berbahagia hingga ke akhir hayat.  Si AA ni memanglah handsome gitu,  suara sodap, pandai main gitar lagi..kalau bercakap depan orang ramai ni, perghh boleh bikin ramai cewek-cewek terpegun, terpesona dah macam bait lagu KRU.."terpegun daku terpesona".  Kiranya AA ni memang boleh buat ramai wanita terpesona arr ahakkss and si HR pun memang lawa..sangat, so tak perlulah si HR ni nak rasa terancam dengan aku yang janda anak sorang ni ye.  Lagi plak, aku anggap AA ni dah macam adik aku je...(serik sebenarnya bercinta dengan orang muda banyak tahun dari aku ni..MENIPU sana sini je kerjanya..dan lagi aku takut jadi cam Rita Rudaini plak..kesian dia..huhu). 

Pesan aku buat HR, u and AA sebaya..hati-hati ye..sebabnya, yelah bila u all umur 40-an nanti, lelaki ni yelah..life begins at 40 kan? so..faham2 sendiri je lah ok?  AA ni aku nampak memang ada potential untuk buka cawangan hahahahaha..bukan apa, mak ni, dah tua...sekilas ikan di laut, ku tahu jantan ke..betina ke..wah gitu.  Apapun, HATI-HATI di alam perkahwinan dan semoga berbahagia.  Amin

Dan pesan aku lagi pada wanita2 di luar sana, tolonglah, jangan terus serang WANITA lain kalau bf hangpa/tunang hangpa/laki hangpa mempunyai skandal ke apa ke.  Aku rasa lebih baik tengok dan selidikilah pasangan hangpa terlebih dahulu...yelah, lelaki ni biasalah, depan gf/tunang/isteri biasanya pijak semut pun tak mati. hehe
Come on, be rational ok wahai wanita.  We are matured enough.  So, jangan cepat melatah. Saya pesan ni..sebab saya sayang kaum wanita ni.

Akhir kata, penutup blog, "Selamat Pengantin Baru buat AA dan HR". 

Description: http://static.ak.fbcdn.net/images/blank.gif

HARI ITU tinggal sejarah

Aku... tak mahu lagi jadi BODOH seperti HARI ITU...
Oh, aku akan pastikan diri aku tidak lagi BODOH seperti HARI ITU...
HARI ITU...aku seperti bukan diriku...
Di manakah diriku yang kuat,cekal dan tabah pada HARI ITU???
Aku hilang pertimbangan...
Usah lagi begitu wahai diriku...
BERJANJILAH..

Moral of the story:
Jangan jadikan diri anda seorang wanita lemah hanya kerana seorang lelaki yang tidak berguna! Bangkitlah wahai wanita.

Saturday, May 5, 2012

Shoes in pink by Ted Baker

Amacam?lawakan kasut ni?in pink gitu.esok kalau rajin nak ke Kildare Village semata-mata nak cari kasut ni sebab tengah sale di sana...moga2 adalah size ku hehe

Thursday, May 3, 2012

Ehem ehem on Cartier's ring

True love has a colour and a name...
Seriously tak tahu nak focus kat mana bila amik pic ni...should i focus on the brand or the ring itself.
Apapun, i like this ring ahakkksss 

Jalan-jalan kat Roma, Italia

Actually, dah lama plan nak ke Rome.  Saper sangka, sehari dua nak ke Rome (last February kalau tak silap), Rome dituruni snow yang lebat.  Pergh..risau ok yelah sebab takut flight cancel ke apa ke.  Rugi mak tau hehe.  Hari yang dinanti tiba jua.  Alhamdulillah, flight semua on time gitu.  Walaupun sehari sebelum tu, aku memang asyik tengok latest news keadaan di Rome.  If it was getting worst, sure memang tak dapat ke sana.  Burn ar kan semua cost flight, hotel, dan lain-lain contohnya aku dah siap buat reservation nak naik Bus Hop On Hop Off kat Rome nun.  Sebab dapat cover most of the places in Rome gitu kan...
Sampai Rome dalam pukul 1.00 p.m., check in hotel then terus ke Via Condotti.  Kat situ terletaknya hampir semua branded stuff.  Cakaplah nak jenama apa.  Memang cari je lah kat Via Condotti tu.  My boss siap terangkan macamana nak pergi this place, that place.  Almaklumlah, beliau sebelum di Dublin ni, merupakan Ambassador of Malaysia to Italy.
Bus Hop On Hop Off terpaksa dibatalkan dan aku dapat refund duit semula sebab mereka diarahkan untuk tidak beroperasi oleh Kerajaan dalam tempoh tersebut due to heavy snow.  Jalan raya masih dipenuh dengan snow yang mencair time aku datang tu.  So, payahlah kan untuk mereka menjalankan operasi tersebut.  
Tapi akhirnya, aku naik gak bus nak tengok bumi Rome tu.  Bus apa aku tak ingat.  Tapi kena beli tiket lainlah plak.  Takpelah, janji dapat cover sedikit sebanyak Rome tu.  Memang tak berapa puas jalan sangat kat situ due to unexpected condition.  Nak kena return lagi ar tapi bukan Rome..it might be Milan, Venice etc.  InsyaAllah :D

 
 Termini Station

 Spanish Steps



 Colosseum


 2 beranak yang sengal at Vatican 



Singgah minum-minum kat Tea Room, Via Condotti.  Tempat memang perggghh luxury sungguh, desserts sedap...coffee sedap...walaupun harga agak mahal, tapi puas hati. hehe





Wednesday, May 2, 2012

Makan2 hujung minggu

Last Sunday, aku pergi ke Howth.  Howth ni tempat jual ikan fresh dari laut gitu.  So, kat situ ada gak few nice restaurants yang makanannya memang sangat sedap.  So, aku try ke The Oar House, Howth.  I ordered seafood chowder, crab cake and calamari.  Dessert plak pekena mini pavlova with red berries.  Harga food semua berpatutan and sangat sedap.  Senang cerita, sangat puas hati.  Lepas ni memang nak try kat restaurant lain plak.  Sebab kat situ, semua seafood and fish fresh-fresh belaka...that's why I LOVE IRELAND kekkekeke

Sikit punya garang muka pakcik ni hehe (ni muka depan Menu hehe)

 Seafood chowder yang perggghhh terbaik

Crab cake

Calamari

Mini pavlova with red berries