Nuffnang

Wednesday, February 29, 2012

Japanese wannabe plak

Last Saturday, lepas je si Is abis belajar main drum, aku ngan dia ke Dundrum Shopping Centre sebab nak layan movies marathon ngan Is. Booked ticket online siap-siap, lepas tu banyak plak masa lagi. Si Is nak makan sushi pulak walhal sebelum keluar rumah dan makan nasi bagai. Memang dia kuat makan sekarang ni. So, we all makan kat Yo!Sushi. Memang anak aku ni dah macam Korean & Japanese wannabe je aku rasa.



Si Is and his dorayaki


Prawn Tempura


Dorayaki


Aku pun tak tau kacang apa ni...sedap :D

Korean wannabe


Makan-makan kat Wagamama Restaurant serving Japanese, Vietnamese and Korean dishes in a quick, chic canteen, Wagamama's is a one-stop eatery for a quick meal.
Si Is lately ni suka sangat dengan citer kartun Korean, Japanese. Dia ni kalau tengok program Running Man from Korea, gelak bagai nak rak. Ada gak dia ajak tengok Running Man ni, tapi aku satu apa tak faham. So, now he prefers to eat at Japanese and Korean Restaurant. Aku ikutkan aje lah :D.


Kare Lomen (ala-ala laksa je aku rasa hehe)
- Ramen noodles in a spicy coconut and lemongrass soup
topped with prawns, beansprouts and cucumbers.
Garnished with coriander and lime


Seafood ramen
- Noodles in a vegetable soup topped with grilled salmon, prawns,
squid kamaboko, wakame and seasonal greens.
Garnished with menma and spring onions



Dessert - Coconut ice cream...so yummyyyy







Yeah, it's Spring

Aku suka sangat pokok. Tak kira lah pokok berdaun hijau or pokok yang ada bunga. Dulu time kat kampung, aku siap buat mini nursery. Jual pokok-pokok, jual tanah yang dah ada baja, jual pasu, dan macam-macam lagi lah. Kira macam supplierlah gitu. Siap dapat harga berniaga lagi. So, baru-baru ni aku beli beberapa pasu untuk pokok bunga apa ntah nama bunga ni, aku pun tak tahu. Beli sebab it's spring now and aku rasa murah plak. So, aku letak pokok-pokok baruku ini kat dapur. Few days later, dah ada keluar bunga. Excited ok! Bunga yang in pink tu ada bau...bau wangi...sukanyaaaaaaaaaaaa :D

Before


After a few days, bunga dah kembang...sukanyaaaa

Sunday, February 19, 2012

Malaymoviesfull


Thanks to Malaymoviesfull..aku dok melayan Malay movies je bila ada kat umah..pantang ada di rumah..hehe (dalam iPad tu dok layan Ariana Mikhail..geram plak ngan Ariana..ish..ngada tau dia tu..hehe). While si mamat kecik tu, dok melayan Running Man dia, kartun Jepun, kartun Korea arr..suka sangat Korean punya story...dah macam Korean Wannabe je aku perasan..aku satu benda aku tak faham apalah yang kelakarnya Running Man tu..dia boleh gelak sampai cam menangis lah..anak oh anak..


muka aku kusyuk giler dok melayan Gemersik Kalbu marathon sampai habis gitu hehe
"oh Aqasha..ensemnya ko" kata aku dalam hati..

adalah terperasan sikit...hehe

Sebelum ni, ada few members kata muka aku cam Nora Danish..(ouccch..relax, aku tetap sedar diri aku ye hahaha) tapi aku buat donno jek..ada satu kejadian kat pasar malam di Jalan Tar time membelek2 barang yang dijual kat salah satu stall di sana, budak yang jual tu tegur aku, "Akak, muka akak ni macam Nora Danish arr.." aku yang tergamam..gulppp, terus je jawab, "oh ek? tq tq" sambil berlalu pergi..paisey kot..and adalah perasan sikit time tu..time tu je ye hahaha. Then, baru-baru ni, ada wife local staff kat sini, cakap..."Z, muka Z mmg ada iras Nora Danish arr..cuba tengok ni.." sambil tunjuk gambo si Ariana dalam Ariana Mikhail..aku gelak je
kali ni dah x rasa apa sebab sebelum tu mmg dah few people were saying the same thing...
apapun, aku tetap sedar diri..siapalah diri ini..oppsss

Wednesday, February 15, 2012

Solvil et Titus Watches




Aku suka giler jam Solvil et Titus ni. Brand ni, hanya terdapat kat China, Hong Kong, Taiwan, Singapore, Malaysia ngan Thailand jek. Harganya berpatutan dan lawa-lawa plak tu. Kalau time sale, memang banyak gak kedai-kedai jam yang jual jam ni akan turunkan harga gile-gile punya. Mau balik Malaysia nanti, memang aku nak dan akan beli. Setakat ni aku dah ada empat utas jam jenama ni (opsss tapi sekarang tinggal dua je sebab lagi dua aku ketuk pakai tukul besi..sebab aku bengang giler ngan KENANGAN LAMA aku tu..and aku dah pun buang) Memang berbaloi dan menarik sangat. Aku tak sabar nak tambahkan koleksi jam Titus ni :D

Pictures: Googled dan kat website Solvil et Titus sendiri :D

Tuesday, February 14, 2012

Rome, Italy - after 26 years tak ada snow :D

Aku ke Rome, Italy on 4 to 6 February. Flight aku pada 4th February (Sabtu). Jumaat tu, boss aku bagi info live from Rome kata dia, "Rome is now snowing, abislah flight you esok". Huwaaa rasa nak nangis pun ada. Yelah, preparation semua dah buat, airport transfer, hotel booking, bus Hop On, Hop Off dan macam-macam lagi lah. Berdoa je lah dalam hati agar flight aku ok je on time. Boss aku pun dah siap tunjukkan restaurant yang patut pergi, area mana yang patut pergi. He was so helpful yelah, before this dia posting kat Rome.

Video bawah ni plak aku google jek. Penambah perisa



Esok paginya, asyik buka email je mana tau Ryanair anto email sayingt that flight aku ke Rome cancel ke apa ke kan. Bila sampai airport je, check-in..aik, ok je flight ni... tak cancel or delay ke? masih cuak gak. Tambahan plak, Qistina my fren in Poland bagi pics kat whatsapp showing that betapa teruknya snowing kat Rome after 26 years tak ada snow!

Adui, hati dah gundah gulana. Rugi ok kalau tak jadi pergi huhu. At last, dapat gak naik plane. Sampai on time, tak ada delay langsung. Salute giler kat pilot yang bawak plane hari tu. The landing was so perfect walaupun time tu runway kat Airport Ciampino, Rome adalah sangat licin ok. Ramai passengers tepuk sey hehe.


Naik Ryanair je...budget airlines..save duit hehe sebab nak shopping oppsss

Monday, February 13, 2012

Chanel WOC

oh, i want this WOC so badly...lawa kan the color? pink gitu..gigit jari je arr...bila nak dapat? hehe ish, macam-macam nak tau...ok relax..kumpul duit dulu k hehe


Source:
http://www.malleries.com/chanel-nwt-rare-pink-quilted-lambskin-wallet-on-chain-flap-woc-i-58909-s-2669.html?images=true#img5

Gemersik Kalbu...

Sepanjang hari Sabtu dan Ahad lepas, aku dok maraton layan cerita Gemersik Kalbu gitu. Rasa si Aqasha yang melakonkan watak si Suffian dalam Gemersik Kalbu ni macam dah lama tak berlakon. Dia berjaya membawa watak Suffian dengan jayanya. Oh Suffian...*pengsan*

Aku suka sangat tengok episod last part yang kat video ni:
Sweet je depa dua hehe



Lagu ni plak aku suka giler...tajuk Percaya Padaku by Ungu..Enjoyyyy:

Thursday, February 9, 2012

Leggings bukan Sejenis Seluar!!!



Hehe..aku gelak sakan tengok dokumentari ni ok...the translation tu tak boleh blah..
ok, kepada rakan-rakan di luar sana anggaplah apa yang cuba disampaikan dalam dokumentari ini sebagai peringatan. Kadang-kadang tu, kita tak perasan leggings ni jarang sebenarnya especially bila korang pakai baju yang pendek lalu menampakkan buttock kalian. Kan ke pelik especially bila korang bertudung. But, it doesn't meant ianya tak pelik bila korang tak bertudung.

Apapun, the conclusion is...leggings bukan sejenis seluar.
So be careful ok kekawan di luar sana. Dokumentari ini juga memberi peringatan kepada diri sendiri.

Nota Kaki: Sharing is caring :D

Wednesday, February 8, 2012

ceriakan hidup anda dengan W A R N A


Ye, ceriakan hidup anda dengan warna. Dengan harapan agar, hidup anda juga berwarna-warni seperti pelangi. Aku memang suka warna yang terang-terang, berwarna warni. Kalau beli baju tu, kalau boleh semua nak merah ke, purple ke, kuning ke. Tapi tak boleh laghu tu gak kan? so, beli apa kiranya je ar...semua warna ada kat wardrobe tu. Ish, aku buat entry apa ni? seriously, aku sangap giler...apapun, layanzzz with those two pictures...dua barang ni je yang aku beli time ke Rome, Italy baru-baru ni... layanzzzzzzzzzz


Add Image

Wordless Wednesday

Thursday, February 2, 2012

Limastiga Homestay Melaka

Limastiga Homestay Melaka is located at Umbai, Melaka. Aku teruja giler bila tengok blog homestay ni..sila layari www.limastiga.blogspot.com

Aku memang suka menginap di tempat-tempat yang macam ni. Mendamaikan je rasa. Terasa damai je. Nak lagi best, kalau rumah tepi waterfalls. Adui, pernah Kalau ada duit lebih nanti, nak buat rumah kayu cam gini arr. Tapi, takut dimakan anai-anai arr plak. Nak buat rumah pakai kayu jati tak mampulah plak rasa... (ala, macam nak buat rumah guna kayu biasa ko mampu..wkakakaka kayu mahal sekarang okkkk!!!).

Pada aku, dengan harga yang ditawarkan memang arr berbaloi.

So, kalaulah jadi menjenguk Bumi Malaya nanti, plan nak bersama keluarga tercinta di sini. Aku plan nak beramai-ramai memeriahkan keadaan. Dengan suara hiruk pikuk anak-anak buah dan cucu-cucu sedara (wah giler tua aku ni wei..nenek sedara dah pangkat aku...hehehe), pasti seronok. Apapun, family comes first. Janganlah kerana cintan cintun, makanya anda mengabaikan family...mahupun bergaduh dengan family. Sebab, cinta akan pergi. Tapi family??? Ingatlah pesanan dari penaja tak bertauliah ni ye kekekkee

Perghh...bestnyaaaa

Waktu malam. Lawa kan???

LinkRemarks:
Pictures taken from www.limastiga.blogspot.com (Blog Limastiga Homestay, Melaka)

Kata Hati:
Rindu Bumi Malaya..sangat!!!

Wednesday, February 1, 2012

Headband

Can we wear a headband to work? As for me, I would say you can wear a headband to work. But, just make sure it is not plastic, has no glittery cartoon characters hanging from them, or is not studded with crystals.

Tolong jangan pakai headbands di bawah ini ke office ye rakan-rakan. Hehe
I am thinking of Ferragamo headbands, with the structured bow and grosgrain material. Lawa kan???Erm...u will look gorgeous and stylo bila memakainya ahakkksss

It should be that minimal, that quiet. Simple is better. I would rather say simple but nice yet elegant. Jangan semak sangat. Nak pergi office kot. Bukan nak pergi fancy dress party kan? wakakkaka

Kata Hati:

I must get this set of 3 :D

Pic: Mr. Google as always :D

Drum :€

Baru-baru ni aku masukkan Is class belajar main drum. Erm..why must drum? Aku pun tak ada
jawapan untuk itu. Mungkin pada aku, character si Is yang pada aku Is ni lebih sesuai untuk bermain drum. Susahlah nak explain. Mungkin naluri keibuanku itu yang membuatkan aku berfikir sedemikian rupa. Wah gitu...ahakkkss
So, cikgu dia ajar sekali macamana nak baca musical note tu. Yelah, kalau tak tau nanti camana plak dia nak main drum kan? hahaha
Setakat ni, the progress Alhamdulillah. Is cepat belajar yelah budak lagi kan? Bukan nak minta dia jadi pemuzik. Tapi cukuplah sekadar basic. Music and arts are good for brain. So, why not?

Ombak Rindu vs Tentang Dhia



Rata-rata, ramai yang bercerita tentang kehebatan filem Ombak Rindu ni. Kesedihan yang terlampau. Well pada aku, Ombak Rindu adalah seperti filem-filem Malaysia yang lain. Berakhir dengan cerita gembira, kesudahan yang bahagia, kira macam happily ever after lah. Ala-ala cerita dongeng dahulu kala...(ops, bagi peminat Ombak Rindu..jangan marah ye..at least I warned you kekekke).
Aku tak berapa nak sedih tengok citer ni mungkin sebab time tengok Ombak Rindu ni aku pun baru lepas tengok episod akhir Tentang Dhia. Perghhh, aku sedih sambil menitiskan air mata gak arr bila tengok Tentang Dhia akhir tu. Sedihnyalah hai...si Dhia ngan Zikir mati sama-sama. Ada lagi ke cinta yang hanya maut dapat memisahkan ni?

Apapun, layan lagu yang ada dalam Ombak Rindu ni. Lagu ni memang best. Cuma pada aku, baju si Adira yang nampak bahu sebelah tu cam kureng sesuai untuk lagu ni hehe...Apapun..layanzzzz (wah dah macam Melodi ok hehe)

Wordless Wednesday