Nuffnang

Monday, September 5, 2011

Tentang Is :D

Is dah start sekolah kat St. Michael's Junior College last week. Tapi segala activities bermula hari ni. Pagi ni dengan kitbag besar dia, dalam tu ada bekal for breakfast and lunch dia, towel, goggle, swimming cap, rugby jersey, shorts, and socks. Swimming trunks dia dah pakai sesiap coz swimming pagi kat sekolah. Sebelum pergi sekolah breakfast gak + minum susu. Maka bermulalah hari-hari sibuk dia kat sekolah. Setiap petang lepas class pasti akan ada activities for him eg Isnin dan Khamis akan ada rugby, Selasa dia akan ada tennis dan on the middle of this month, setiap Rabu plak akan ada French class. Kiranya Jumaat petang je yang dia akan free.

Mengaji Al-Quran dan hafalan surah2 dalam Muqaddam adalah seperti biasa iaitu setiap minggu dua kali tak kira hari. Aku suka bila dia aktif gini. Tak adalah mengadap lappy main game sokmo hehe. Sepupu-sepupu lelaki dia kat Malaysia rata-rata main rugby and tennis. Balik Malaysia boleh memain sesama especially tennis. sob sob sob..bilanya nak balik Malaysia ntah. Is sekarang baru umur 10 tahun (darjah 4), hopefully bila balik Malaysia dia dah terror rugby and tennis ni. Aku selalu ingatkan dia, tak semua budak baya dia dapat those opportunities. Dapat stay abroad, belajar kat sekolah yang bagus, dapat belajar foreign language, dapat masuk macam-macam sports (yelah, kalau kat Malaysia, rugby hanya ada kat boarding schools / international schools). Makanya, kena belajar dan buat yang terbaik. Mana tau nanti balik Malaysia dapat biasiswa yang sesuai eg biasiswa sukan ke? (x gitu A.N.I??? hehe). Aku memang dari kat Malaysia lagi amat menitik beratkan tentang education for him. Aku sanggup berhabis wang semata-mata to provide the best for him. Aku sanggup ngadap dia belajar, ajar dia buat latihan, beli macam-macam buku latihan selain dari buku di sekolah. Alhamdulillah, semasa di Malaysia, Is merupakan antara yang terbaik di kelas dia dan juga di keseluruhan darjah. Semoga Is akan terus kekal cemerlang di sini. InsyaAllah. Amin :D

Thanks to my sister, Sis Piah yang aku banyak jadikan idola. Dia mengajar anak-anak dia sendiri walaupun dia hanya suri rumah sepenuh masa. Anak sulung dia, sekarang kat Kolej Yayasan Saad (KYS) dalam Tingkatan 4 dan anak kedua dia kat Sekolah Menengah Sains Johor dalam Tingkatan 2.

Kata Hati:
Ada yang kata aku neglect si Is ni, memang aku hempuk jam-jam tu gak...hehe

3 comments:

eUphoRia lady said...

first of all... ANI tu aku ke? hahaha.... =) apapun taniah aku ucapkan kat kau sebab dari dulu lagi aku selalu rasa kau bijak dalam mencari yang terbaik untuk IS dan kau bertuah kerana dari mata kasar dan mata hati ( chewah ) aku ni.. IS mmg anak yg baik , matang dan bijak.. mudah2an dia akn terus menjadi anak yg menyejukkan hati semua org.. amin.. n bila sampai waktunya nnt, aku akn tolong dgn information ttg education. scholarship n all.. afterall apa guna ada mama anie dia yg keja as counsellor ni kalau xleh tolong.. kan? u take care there fren..

eUphoRia lady said...

teruskan menulis blog ni... buatkan aku terasa kau selalu dekat di hati.. hahahhaa...

Zara said...

Anie, tima kasih banyak tentang komen ko dalam blog aku ni. ye ye, mestilah nanti aku kena "gunakan" ko as his Mama Anie yang jadi orang kuat dalam bidang education kat Msia ni. hehe pasti bila tiba masanya, aku akan selalu cari ko hehe
your next comment buat aku rasa sayu ok ok i'll keep on writing this blog for sure :D