Nuffnang

Tuesday, September 6, 2011

Isu perempuan...

Dalam Islam, perempuan tidak dibenarkan memakai wangi-wangian kan? Andai kata, kita seorang wanita bekerja, tambah plak yang jenis ada bau badan...agak2 korangkan..korang selesa tak bila tak pakai parfum? dengan niat, bukan untuk menggoda kaum lelaki... sekadar agar diri sendiri dan juga orang sekeliling anda tidak berasa cam nak muntah dengan bau diri anda! Ini, alangkan diri sendiri rasa nak muntah dengan bau badan sendiri, orang lain sure lagi terukkan??? mau pengsan..hahaha..

kadang-kadang tu tak fahamlah lelaki ni kan..bila wanita miliknya bukan main lagi tak boleh itu, tak boleh ini. Kena tutup aurat, aurat tu wajib ditutup dalam Islam...itu je lah yang kukuh..tapi? hakikatnya, mata sendiri melirik gak ke arah perempuan yang sexy..yang menawan hati..yang menawan kalbu..lepas tu, wanita miliknya dilarang pakai parfum sebab nanti timbul fitnah, menggoda lelaki lain...hakikatnya? bila terbau wangian yang dipakai perempuan lain, hati terdetik, wanginyalah minah ni..adui, sedapnya bau dia..tak gitu? don't tell lies men! pastu, lagi satu..wanita miliknya dilarang menggunakan make-up kecuali hanya untuk dirinya...hakikatnya? bila terpandang wanita cantik..pasti terdetik hatinya..lawanya dia, anggunnya dia..nama pun manusia, pasti tertarik pada perkara/seseorang yang menarik, anggun, lawa dan seumpamanya.

Pada aku, lebih baik lebih diutamakan bagaimana nak menjaga iman, mengembalikan ketakwaan kepada Allah, menjaga solat, membersihkan hati, menjaga hati nurani, memperbaiki sifat dalaman daripada sibuk nak menghalang itu ini.

Wallahualam. Aku sekadar menulis. Mungkin aku silap, tolong perbetulkan ye. Nak kena tanya ustaz arr tentang hal ni.

7 comments:

.:Mama Dhia:. said...

betul tu zara..
maybe takut org lain tersuke dekat 'wanita miliknyer' itu..
tp rasenyer as long perfume tu tak 'sebatu dah bau' ok kot..
yg penting niat kite pakai perfume tu..

Blue Roses said...

i like.... and agreed.....

Zara said...

Siti: kan? niat tu yang penting..kalau kita pun dah pening2 lalat ngan bau badan sendiri..orang lain ada yang fitaaaamm tau LOLs

Ernie: agreed tang mana tu? ahakksss agaknya, lelaki ni nak kita hidup dalam keadaaan "zuhud"? bila kita buat segala kehendak mereka, nnt ada je alasan untuk kata wanita ni x menarik ar, selekeh ar, busuk ar...percaya x gitu? so...pening di situ hehe

nqr said...

ahhhh..entry berilmiah dari zara..susah aku nak komen.. :p

bg aku takpe pkai perfume.. satu sembur udah laaa.. jgn 3-4 sembur :p

Zara said...

haha ok ok..dziękuję for your comment

Ayu Katerina said...

aku tatappp nk sembur 4 5 das setiap hari.. kang ketiak aku bau kang semua lari plak tanak kawan ngan aku huh!

Zara said...

kan??huhu
ni kita pun cam nak fitam..apatah orang lain..kekeke