Nuffnang

Thursday, September 22, 2011

As life goes on...

As life goes on I learn to appreciate those who find a way to stick around more than who walk away...peace no war :S


Pic di atas x ada kene mengena ngan entry ini :D

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, September 11, 2011

Surprise on my birthday

Thanks to my family di sini...kelu untuk berkata2 waima menulis sekalipun..terharu ok korang buat cam ni...i love you all especially Aida XoXo...muahhhsss






- Posted using BlogPress from my iPhone

Testing 1...2...3...

Ok pic ni aku amik guna iPad 2 aku..ternyata pics yg diambil guna iPhone 4 lagi lawa huhu..cuma iPad ni lebih puas guna sbb screen lebih besar hehe


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, September 9, 2011

1st Meeting with Class Teacher

Semalam petang merupakan 1st Meeting with Class Teachers kat sekolah si Is. Aku kalau 1st time ni kena arr tunjuk muka gak kan? nak kena kenal ngan cikgu dia, parents kekawan ni...hehe

Bila dah abis tu, aku tanya kat his class teacher camana progress dia kat sekolah, and his teacher said, "Ahmad is excellent in Irish, he can read very well in Irish". Pastu, aku cakap lagi, "Since English is not our mother tougue, i hope that you can give more attention on him". Cikgu dia jawab, "As for now, what I can see, Ahmad doesnt have any problem in English, he can get along with his new friends here and they love being friends with him...and I will send the report for you if he needs extra supervision to improve his English another two weeks". Cikgu2 kat Europe ni, rata2 memang cam ni...derang mmg akan cakap manis2 je. Budak2 mmg x akan dimarah kalau buat silap tapi lebih kepada motivation, dan biasanya derang akan ckp, "It's ok, you can do much better next time..I know you can...bla bla bla" kiranya semua yang baik2 je arr...

Kata Hati:
Is baru bagitau aku, dia dapat no. 1 dalam class on Math sebab cikgu dia bagi test kat class. Alhamdulillah :D
Semoga dia terus cemerlang. InsyaAllah...Amin.


One shoe is never enough

Amacam lawa x my new shoes yg dikirim khas dari Malaysia? (tq tq tq)
Aku mmg suka brand Valentino Rudy ni dari dulu lagi..sedap je pakai and lawa2 gak unlike my Ferragamo (tengok jenis kasut kot..yang aku punya je yang sakit agaknya)...sakit gak aku makainya..huhu (oh, mungkin aku lupa nak gigit kasut tu sebelum pakai hehe)

Morale of the story: Jangan ingat designer's brand x sakit makai ok hahaha


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, September 8, 2011

Nilai Hantaran Kahwin Terkini???

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000
- Sumber BERNAMA-

Aku tak tau betul ke tak sumber dari BERNAMA ni. Aku pun "cilok" ni dari my niece kat Malaysia. Andai kata betullah kan, maka bertambah ramailah anak2 dara yang tak kawin lagi plak nanti...Wang hantaran kahwin je dah berbelas ribu bagi yang ada Degree...ni tak termasuk barang2 hantaran. Kalau si perempuan tu nak bag Chanel yang bernilai RM13000++, itu baru bag ok, tak termasuk barang2 lain contohnya cam barang kemas ke.. plak tu, Tiffany & Co. kan..skincare..nak SK-II plak..kehehehe..perghhh., masak arr mau bergolok bergadai sey! Ini baru tahun 2011, agaknya nnt kalau zaman si Is nak kawin, camana arr plak ek? tak dapat dibayangkan. Kalau tentang bag tu, aku bagi kat anak menantu aku je antara bag ku yang ada ni. Classic ok...haha

Aku rasa, ni peluang yang bagus bagi syarikat Insurance agar buat pelan cam yang derang buat for education. Kan ke sekarang macam2 pelan kat Prudential contohnya, pelan insurance anak + saving + education. By the time anak2 nak masuk U nanti, keluarkan duit tu. So, kurang sikit bebanan mak pak nak keluar duit for education. Lepas ni, apa kata, pelan Insurans Pernikahan plak diwujudkan...x gitu? hehe

Kata Hati:
Mujur aku dah pernah kawin dulu..kalau tak, aku minta bag Chanel, SK-II , Tiffany & Co. for barang2 hantaran, bengkok my future husband..wkakakaka

Fareeda Scarf


Flyer/Pic kat atas ni aku copy dari: http://www.fareedascarf.com/ (Laman web rasmi Fareeda Scarf - tolong jangan saman saya sebab saya cilok pic ni ye...ni dalam usaha mempromosikan Fareeda Scarf gak ni..hehehe)

Teruja aku tengok Fareeda Scarf ni, lawa2 ok walaupun harganya mahal gak pada aku. Tapi kalau lawa, apa salahnya kan? Kalau boleh nak semua hehe i loikeeeeee

Wednesday, September 7, 2011

in Irish

aon giúmar
mar gheall ar an ghrá
Ba mhaith liom ach a bheith sásta
Is é an saol gearr a bheith brónach
Is é an saol gearr a osclaíonn le aiféala
sonas do thoil teacht chugam
i gá duit anois

Iskandar je boleh baca ni..hahaha baca je boleh..tapi dia pun x faham wakkaka

Tuesday, September 6, 2011

Isu perempuan...

Dalam Islam, perempuan tidak dibenarkan memakai wangi-wangian kan? Andai kata, kita seorang wanita bekerja, tambah plak yang jenis ada bau badan...agak2 korangkan..korang selesa tak bila tak pakai parfum? dengan niat, bukan untuk menggoda kaum lelaki... sekadar agar diri sendiri dan juga orang sekeliling anda tidak berasa cam nak muntah dengan bau diri anda! Ini, alangkan diri sendiri rasa nak muntah dengan bau badan sendiri, orang lain sure lagi terukkan??? mau pengsan..hahaha..

kadang-kadang tu tak fahamlah lelaki ni kan..bila wanita miliknya bukan main lagi tak boleh itu, tak boleh ini. Kena tutup aurat, aurat tu wajib ditutup dalam Islam...itu je lah yang kukuh..tapi? hakikatnya, mata sendiri melirik gak ke arah perempuan yang sexy..yang menawan hati..yang menawan kalbu..lepas tu, wanita miliknya dilarang pakai parfum sebab nanti timbul fitnah, menggoda lelaki lain...hakikatnya? bila terbau wangian yang dipakai perempuan lain, hati terdetik, wanginyalah minah ni..adui, sedapnya bau dia..tak gitu? don't tell lies men! pastu, lagi satu..wanita miliknya dilarang menggunakan make-up kecuali hanya untuk dirinya...hakikatnya? bila terpandang wanita cantik..pasti terdetik hatinya..lawanya dia, anggunnya dia..nama pun manusia, pasti tertarik pada perkara/seseorang yang menarik, anggun, lawa dan seumpamanya.

Pada aku, lebih baik lebih diutamakan bagaimana nak menjaga iman, mengembalikan ketakwaan kepada Allah, menjaga solat, membersihkan hati, menjaga hati nurani, memperbaiki sifat dalaman daripada sibuk nak menghalang itu ini.

Wallahualam. Aku sekadar menulis. Mungkin aku silap, tolong perbetulkan ye. Nak kena tanya ustaz arr tentang hal ni.

Pavlova Cake in Dublin :(

Dek kerana teringin sangat nak makan pavlova cake, aku dok googled mana ada jual pavlova cake in Ireland. Pastu, aku dapat tau ada kat Siam Thai Restaurant ada pavlova cake ni..makanya semalam lepas membeli barang keperluan si Is for his rugby di Dundrum Shopping Mall, aku pergi dinner sekali di Siam Thai Restaurant and i ordered pavlova cake for dessert. Erm, memang arr tak sama rasanya pavlova cake di Malaysia okkkkk. Frust betul tau huhu



Above pic: Pavlova cake at Siam Thai Restaurant
- too many cream on top, strawberry sauce banyak sangat gak..
rase ntah apa-apa tau huhu -

Above pic: First time i tasted the pavlova cake was at FM's house. Sangat teruja ok time tu sebab memang sangat sedap. Datin Sri kata her anak sedara buat and the bakery shop terletak di Empire Subang. Dulu tu nak try di Empire Subang tapi tak berkesempatan. And now i heard that the best pavlova cake we can get at Alexis Bangsar? Erm...nak kena try semua bila di Malaysia nanti :D

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, September 5, 2011

Rugby boots

Mencari rugby boots for Is. Aku teruja with the colors. It costs €35 and I can get Canterburry. Kalau kat Msia mau aku berkira2 nak membelinya hehe. Ada lah gak membeli baju Canterburry kat The Curve tu. Kalau tak cecah RM200 for the T-shirt/shirt, jangan haraplah nak dapat this brand k.

Lawakan? terasa nak main rugby plak hehe

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tentang Is :D

Is dah start sekolah kat St. Michael's Junior College last week. Tapi segala activities bermula hari ni. Pagi ni dengan kitbag besar dia, dalam tu ada bekal for breakfast and lunch dia, towel, goggle, swimming cap, rugby jersey, shorts, and socks. Swimming trunks dia dah pakai sesiap coz swimming pagi kat sekolah. Sebelum pergi sekolah breakfast gak + minum susu. Maka bermulalah hari-hari sibuk dia kat sekolah. Setiap petang lepas class pasti akan ada activities for him eg Isnin dan Khamis akan ada rugby, Selasa dia akan ada tennis dan on the middle of this month, setiap Rabu plak akan ada French class. Kiranya Jumaat petang je yang dia akan free.

Mengaji Al-Quran dan hafalan surah2 dalam Muqaddam adalah seperti biasa iaitu setiap minggu dua kali tak kira hari. Aku suka bila dia aktif gini. Tak adalah mengadap lappy main game sokmo hehe. Sepupu-sepupu lelaki dia kat Malaysia rata-rata main rugby and tennis. Balik Malaysia boleh memain sesama especially tennis. sob sob sob..bilanya nak balik Malaysia ntah. Is sekarang baru umur 10 tahun (darjah 4), hopefully bila balik Malaysia dia dah terror rugby and tennis ni. Aku selalu ingatkan dia, tak semua budak baya dia dapat those opportunities. Dapat stay abroad, belajar kat sekolah yang bagus, dapat belajar foreign language, dapat masuk macam-macam sports (yelah, kalau kat Malaysia, rugby hanya ada kat boarding schools / international schools). Makanya, kena belajar dan buat yang terbaik. Mana tau nanti balik Malaysia dapat biasiswa yang sesuai eg biasiswa sukan ke? (x gitu A.N.I??? hehe). Aku memang dari kat Malaysia lagi amat menitik beratkan tentang education for him. Aku sanggup berhabis wang semata-mata to provide the best for him. Aku sanggup ngadap dia belajar, ajar dia buat latihan, beli macam-macam buku latihan selain dari buku di sekolah. Alhamdulillah, semasa di Malaysia, Is merupakan antara yang terbaik di kelas dia dan juga di keseluruhan darjah. Semoga Is akan terus kekal cemerlang di sini. InsyaAllah. Amin :D

Thanks to my sister, Sis Piah yang aku banyak jadikan idola. Dia mengajar anak-anak dia sendiri walaupun dia hanya suri rumah sepenuh masa. Anak sulung dia, sekarang kat Kolej Yayasan Saad (KYS) dalam Tingkatan 4 dan anak kedua dia kat Sekolah Menengah Sains Johor dalam Tingkatan 2.

Kata Hati:
Ada yang kata aku neglect si Is ni, memang aku hempuk jam-jam tu gak...hehe

Sunday, September 4, 2011

sekitar 1st Syawal 1432H

the below pics menggambarkan sekitar my 1st Syawal 1432H in Dublin. Pertama kali merayakan Eid Mubarak sebagai warga Embassy yang berkhidmat di luar negara. Lepas je balik kerja on last Monday iaitu sehari sebelum 1st Syawal tu, terus ke Malaysia Hall untuk membuat segala persiapan bagi keesokan harinya. Aku ditugaskan untuk menggosok segala kain2 for table setting untuk letak makanan yang akan dihidangkan. Selesai tugas tu, tugas membuat air untuk para tetamu plak. On that day, we all rata-rata warga Embassy balik rumah jam 5.00 a.m. Balik rumah, gosok baju raya then jam 7.30 a.m. sudah berada di Malaysia Hall semula. Last touch up untuk segala persiapan.
Hari tu, first time aku buat solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Satu pengalaman yang amat bermakna bagi aku.

with Embassy's clan :D






L to R: Cik Zurina, myself and Iskandar




bunga dari rumah aku ni..hehe












Acara memotong kek sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54
yang akan disambut pada keesokan harinya :D


tetamu yang hadir :D

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, September 3, 2011

Misi mencari bags...


Went to Brown Thomas Shopping Mall located at Grafton St. Dublin sebab nak mensurvey harga designer's bag..went to Chanel, LV, Gucci, Prada. Berkenan kat bag Chanel Wine 2.55 flap bag tapi pulus x ada hahaha. It costs €3.4K tolak VAT €530. Erm mmg lawa bangat ok!!!Gile sekejap ngan Aida time tu hehe xpelah,berangan je arr.




Malamnya terus tanya kat Datin (Ambassador's wife) ttg Florence and Butik Chanel di Rome. Almaklumlah, Datin sebelum ni di Rome.






Kata Hati:
Erm, x dapat beli bag Chanel, beli bag Prada sudahlah since i don't have bag Prada lagi hehe terus tengok flight ke Florence tau ahakkkss
And lagi..ada few promoters tegur i was wearing nice hijab..(bkn puji aku lawa berhijab) itu pun dah buat rase hati nak pakai for good..doakan ye..InsyaAllah..Amin :D


- Posted using BlogPress from my iPhone

Halal Subway in Dublin


Yeah yeah dah ada Halal Subway in Dublin..dekat plak ngan tempat kerjaku..yezza. Well,aku x suka sangat makanan Subway ni, tapi bolehlah daripada x ada kan?hehe pasni kalau ada KFC and McD halal kat sini berbululah si Qis and Ayu sebab kat tempat depa x ada hahaha (ketawa jahat!)


- Posted using BlogPress from my iPhone