Nuffnang

Wednesday, August 10, 2011

pecah kaca, pecah gelas versi Kad Raya


Pics kad raya: Mr. Googled lah..

Ingat tak zaman dolu2 (ouhhh nampak sangat ko dah tua ye Zara hahaha), zaman bagi kad raya..x kiralah sama ada by post ka, by hand ka..dolu2 mana ada bagi ucapan raya via sms jek, email lah, whatsapp lah, or senang citer via media elektronik ni. Zaman dolu2 bagi kad raya guna kad yang banyak dijual kat emporium (dolu supermarket sebut emporium hahhaaha), kat pasar malamlah, kat gerai tepi jalanlah or memana saja. Pastu, sibuk bagi kekawan kat dalam kelas..x kira sekolah rendah ke, menengah ke or even sekolah agama pun.. kalau kekawan jauh tu, bagi kat derang by post..time tu, posmen kat Pos Malaysia memang sibuklah, siap ada notis, kalau hantar last week Ramadan, lepas raya baru dapat diterima oleh pihak penerima. Lepas tu, kalau guna setem 20 sen tu, tak boleh digam sampulnya. Yang boleh digam sampul if u use setem 30 sen ke atas. Lepas dah bagi kat orang, sure kita pun nak balasan kad raya gak kan? pastu, mesti tulis kat p/s bawah kad tu.."Pecah kaca, pecah gelas..sudah baca harap balas.."
Bila dikenang-kenang kenangan lalu, seronok je rasakan?

Kata Hati:
Adui, mana nak cari kad raya kat sini? huwaaaa

6 comments:

Nadiah said...

Zara raya dimana tahun ni?

Zara said...

hi Nadiah, raya di Dublin tahun ni :)

Ms Pearl said...

hello zara...jalan jalan sekali terjumpa your blog! lovely!

kali terakhir dapat kat raya 10 tahun yang lampau. sejak tu terima sms je ucapan hari raya.....

selamat berkenalan! :D

http://chepearl.blogspot.com/

ms pearl /hani

Ayu Katerina said...

aku dh pos poskad.. yehaaa

Zara said...

hi Hani, selamat berkenalan gak.
Selamat Hari Raya and tqvm for visiting my blog ye.

Zara said...

Ayu: dah dapat punggggg :P