Nuffnang

Sunday, August 28, 2011

Compact Powder C's Brand

Selama ni pakai compact powder SK-II, tapi sebab sini tak ada jual..makanya terpaksa ar bertukar pada si C ni. It costs me €56 kat sini. Terus convert tau and called Kak Nony yang berada di Geneva sekarang tanya berapa dia beli compact powder Chanel time kat Msia sbb seingat aku baru RM180..tp ni dah setahun lepas sebelum harga bebarang si C ni naik..Kak Nony terus cakap kat aku,dik jgn convert..kalau convert mmg mahal..hehe tau,tp saja nak convert wakakka
Kalau betul kat Msia lagi mahal nnt, mmg aku beli je stok kat sini nnt untuk bawak balik Msia hehe


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, August 27, 2011

Salam Aidilfitri 1432 H

Kepada sesiapa sahaja yang membaca blog ini tidak kiralah kekawanku, ataupun yang tak berapa suka denganku (harap tak ada), diucapkan Salam Aidilfitri 1432H/Happy Eid Mubarak dariku dan Iskandar yang berada di Dublin, Ireland kini. Maafkan segala salah dan silapku, kata-kataku dan segala perbuatanku secara tidak sengaja ataupun sengaja. Sesungguhnya diriku ini hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari membuat sebarang kesilapan.

SALAM AIDILFITRI SERTA MAAF ZAHIR DAN BATIN :D



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, August 26, 2011

ChurpChurp..sharing is caring

Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

Nuffnang punya hal

well, saja je arr letak Nuffnang advertisement kat blog ni. Dulu my fren, Ernie tolong buatkan. bebaru ni baru perasan ads tu hilang...so, hari ni baru buka and letak semula. Last ads ni ada last July..diam tak diam, dah ada RM61 dalam account Nuffnang aku..hahaha suka gitu..yelah, dapat duit kan? nampak gayanya, bila dah duit dalam account tu cam bertambah, baru cam ada semangat nak update blog ni.. no wonder mmg ada bloggers boleh jadi kaya. erm..mana tau hasil duit Nuffnang ni bley beli bag Chanel impian aku...ahakksss (terkedu semua...mimpilah ko Zara, update blog pun ntah apa2..hehe)

Nota Kaki:
Pasni nak rajin2 update bloggggggggggggg yakin boleh Zara :D

Thursday, August 25, 2011

Nazam Lebaran by Dato' Siti Nurhaliza



I like this song very much...love you Dato' Siti muahhhhhsss

Air Mata Syawal by Dato' Siti Nurhaliza



sob sob sob sedih ok...
aku tiap kali nak raya, sedih je rasa...almaklumlah, mak pak dah meninggal..kira yatim piatu aku ni..sesiapa yang masih ada parents ni, hargailah parents kalian k..aku ni dah berapa tahun raya tanpa mereka ...so, bila dengar lagu ni, sedih sangat2 :((

mood apa sekarang??raya ka??

sekarang ni, nak kata mood raya sangat idak juga...tapi dok malas je buat kerja..well, banyak kerja skrg ni..preparation for National Day yang akan dibuat on middle of September tapi kenapalah malas sangat rasa ni? help! anyone help me
ok, minggu ni baru nak buat kuih raya boleh?? first time nak buat kuih raya ok..selamanya ni kuih tunjuk je ahakksss xpelah, at least ada..kalau x jadi kuih raya aku, aku pergi Tesco beli muffins je hidang kat para tamu..wakakka (dasar pemalas ok!)...x pun, amik kuih kat Malaysia Hall sempena Rumah Terbuka nanti (itupun kalau ada lebih ye yang)
Kalau kat sini raya on 30th August, ok sangat2. Janganlah raya 31st August sebab si mamat kecik tu naik sekolah 31st August. Biarlah dia kumpul duit raya dulu. Bagi semangat naik sekolah :D

i thought u are my fren forever...

Entry ni ditujukan just buat seseorang...kalau dia baca entry ni (aku tau dia mesti baca blog aku punya..) dia faham2 sendirilah entry ni ditujukan just for dia..(xmau bgtau lelaki ke perempuan).

i really thought u are my fren forever...hakikatnya? dia hanyalah seorang yang talam banyak muka, well...yes...i trusted dia so much...my mistake was...TELLING dia about this one story..yang pada aku, perlu ke dia nak bercerita hal tersebut sampai tersebar cerita tu...siap memang orang lain bagitau.."cerita ceritu bla bla ni disampaikan oleh dot dot dot"...well, u have promised me not to tell anyone..termasuk buah hati dia..dan lagi best, cerita tersebut memang diberitahu kepada dia seorang saja di Malaysia!!! so, memang sahih dan confirmlah dari mulut dia kan??? Ish, marah betullah aku...grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
lepas ni, mati hidup semula pun aku x mau anggap dia kawan aku lagi.

morale of the story:
NEVER GIVE YOUR SECRET TO ANYONE, BECAUSE IF YOU CAN'T KEEP IT TO YOURSELF, DON'T EXPECT OTHERS TO...ingat tu Zara!!!

I WANT FRIENDSHIP NOT FRIENDSHIT...

Monday, August 22, 2011

lobster...lobster...

These lobsters, it costs me €5 each. Memula rebus dulu, then baru grill letak butter. Si Iskandar yang makan banyak. Mamanya beralah je lah hehe. Dia pun dah bagitau semalam, "Mama, nanti kita beli lobster lagi ye"...
Aku kalau kat Malaysia, makan lobster ni kat Kota Kinabalu je. Sebab sana murah... murah pun tak murah lah..seekor dalam RM 80 rasanya..well, bukan aku yang beli di sana. For sure orang belanja makan kan? hehe
Dengar-dengar di Semenanjung, kalau tak cecah beratus RM for one lobster, memang tak sah. So, memang idaklah ye nak perabis duit beratus just for the lobster...ahakkksss




- Posted using BlogPress from my iPhone

My 2nd Postcard Raye :D

Tqvm for my bff Ayu Katerina for the lovely postcard raye from Taipei, Taiwan gitu...
Postcard bentuk peta Taiwan i believe..hehe nice nice
Yang tak syoknya..share ngan RR..patut RR kena bagi postcard lain ok..hahahha (yelah, nnt mesti ko jawab kat aku..sharing is caring, caring is loving kan? hehe)


p/s: Miss u too babe sob sob sob

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, August 19, 2011

My 1st Postcard Raye

Yeah, just received my first postcard raye ever!!! Tqvm Qis for the card. From Warsaw, Poland with love gitu...tq tq



Nota Kaki:
Menantikan postcard raye dari kekawan lain plak ni hehe

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, August 18, 2011

Poskad Raye

Pengeposan "poskad raye" sudah dilakukan ye buat yang tersayang, keluarga, dan kekawan di Malaysia khasnya serta tidak lupa juga buat rakan-rakan yang berada di seluruh pelusuk dunia...(perghh..dunia tu x boleh tahan). Yelah, nama pun kerja di Wisma Putra kan? ahakkks So, sila rajin-rajin lihat di mailbox kalian ye. Mari kita lihat siapa yang kena :D



p/s:
Pecah kaca, pecah gelas...
Sudah baca, haraplah balas ye semua...XD

Kata Hati:
Poskad banyak lebih ni, setem je dah abis...(setem mahal sey! hahahha)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, August 16, 2011

budak bertuah :D

Conversation between my son and I:

Me : ok Is, you have to do the exercises on your Math's book.
Is : ok Mama, but please don't off the skype video call because if I'm not sure with the answer, I
would like to ask you...
Me : ok sure :) Is, if you don't understand..just leave it blank k. I'll show you how to do it once I'm
back home.
Is : ok...if that is the case, I'll leave all blanks hahahaha

Kata Hati: bertuah punya budak!

Monday, August 15, 2011

Pada-Mu Ku Bersujud by Afgan



Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud...pada-Mu




Wednesday, August 10, 2011

pecah kaca, pecah gelas versi Kad Raya


Pics kad raya: Mr. Googled lah..

Ingat tak zaman dolu2 (ouhhh nampak sangat ko dah tua ye Zara hahaha), zaman bagi kad raya..x kiralah sama ada by post ka, by hand ka..dolu2 mana ada bagi ucapan raya via sms jek, email lah, whatsapp lah, or senang citer via media elektronik ni. Zaman dolu2 bagi kad raya guna kad yang banyak dijual kat emporium (dolu supermarket sebut emporium hahhaaha), kat pasar malamlah, kat gerai tepi jalanlah or memana saja. Pastu, sibuk bagi kekawan kat dalam kelas..x kira sekolah rendah ke, menengah ke or even sekolah agama pun.. kalau kekawan jauh tu, bagi kat derang by post..time tu, posmen kat Pos Malaysia memang sibuklah, siap ada notis, kalau hantar last week Ramadan, lepas raya baru dapat diterima oleh pihak penerima. Lepas tu, kalau guna setem 20 sen tu, tak boleh digam sampulnya. Yang boleh digam sampul if u use setem 30 sen ke atas. Lepas dah bagi kat orang, sure kita pun nak balasan kad raya gak kan? pastu, mesti tulis kat p/s bawah kad tu.."Pecah kaca, pecah gelas..sudah baca harap balas.."
Bila dikenang-kenang kenangan lalu, seronok je rasakan?

Kata Hati:
Adui, mana nak cari kad raya kat sini? huwaaaa

Tuesday, August 9, 2011

isu berhijab ataupun tidak...

well, berhijab / bertudung memang satu tuntutan dalam agama Islam...wajib berjihab / bertudung ni...memang betul aku tak bertudung, free hair, tidak menutup aurat..yes..aku akui semua tu..
yes aku tau dosa itu semua..cuma yang aku nak tegaskan kat sini..tak semua yang tidak berhijab / bertudung itu JAHAT, CONFIRM MASUK NERAKA..yang aku x boleh blah, bila dah bertudung tu...ko boleh tak jangan menggedik ngan lelaki, hisap rokok, pegang lelaki sana sini, bergambo manja, naik motor lelaki sana sini, ikut lelaki sana sini, menggeletis sana sini...ish x faham tul arr aku..rase meluat, menyampah pun ada..tapi, pandangan di luar tetap sama..bertudung ni confirm budak baik arr..hakikatnya??? hanya Allah yang tau ye :)
bagi jenis yang budget diri ni bagus bila dah berhijab / bertudung ni, depa ni rase confirm baik..confirm masuk syurga ka? Dok ngata orang sana sini, dok buat mulut sana sini..itu pun dah dikira x baik ok..Pokok pangkalnya hati seseorang.

Kata Hati:
Don't judge a book by its cover ye.
Rasa mau berhijab dengan kerelaan hati. InsyaAllah..Amin :)

Monday, August 8, 2011

Adik angkat konon! pooraaah

baca entry Yaya tentang si Fahmi ngan adik angkat dia lah kononnya..dah buat aku berbulu
sila click di sini Tentang si Fahmi and his adik angkat kononnya
Actually, sebelum tersebarnya tentang si Fahmi ni putus tunang..aku mmg dah agak dah, sure x jadi kawin depa ni...hehe tup tup timbulnya plak kata si Fahmi ni putuskan pertunangan..dan, aku pun sudah menjangkan bahawa si Fahmi ni sure ada orang lain punya arr..see, betul kan? Tengok tunang si Fahmi ni biasa-biasa je, while Fahmi, dahlah ramai peminat, handsome, hot gak...tapi, dia perlu ingat, time dia x ada apa-apa dulu, siapa perempuan yang tetap berada dengan dia??? dulu kes si Mawi and Ina cam ni gak..inilah nasib perempuan...lelaki bila dah glamour..mulalah..ahakkkss
Bila jadi camni, siapa yang dipersalahkan? perempuan gak..kata perempuan/tunang/isteri x memahami lah, x faham career arr, cemburu sangat arr, itu ini lah..ish ish..apa daaa..

"Perempuan membuktikan cintanya bila lelaki kesayangan itu hidup susah..dia sanggup untuk hidup susah bersama lelaki itu.."
"Lelaki membuktikan cintanya dengan mencari perempuan lain bila hidupnya sudah senang..sudah banyak duit..."

tapi, now aku ada plak dengar yang actually depa dua ni belum putus tunang..so, x taulah mana satu plak citer yang betul hehe..apapun, semoga semuanya balik kepada plan asal...

Kata Hati:
Adik beradik sendiri pun boleh "rempat" abang/adik ipar...inikan plaklah adik angkat..lama2 terangkat woooo..LOLs
So, tepuk dada tanya selera...


Wednesday, August 3, 2011

Tweet :D

Tweets by:

TheFeelingSoo
A guy is like a bluetooth. If you are next to him, he stays connected. If you go away, he finds new devices.

ThisDamnQuote
Never give your secrets to anyone because if you can't keep it to yourself, don't expect others to.

MyQuotesBook
I don't understand why people cheat. If you're not happy, just let go.

MyQuotesBook
A little jealousy in a relationship or even friendship is healthy because it just means that someone is afraid to lose you.

Tuesday, August 2, 2011

Jika Wanita Umpama Ikan

IKAN SALMON
Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan.
Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai… ada nilai, ada kualiti….
INI WANITA BERKERJAYA.....


IKAN ARWANA
Kalo yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata.. nakal melihatnya di manapun dia bergaya.....
So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya....
INI PERAGAWATI , CELEBRITY or ke atas........

IKAN MAS KOKI
ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak-lenggoknya.
Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan.....
INI BINI ORANG.......

IKAN BANDARAYA
Jenis ini murah dan selalu menempel di kaca aquarium.
Kalo sudah menempel, susah sgt nk lepaskannya.... mcm gam...
INI AWEK ALIM, ANAK USTAD nii.......

IKAN KELI
Kalo yang ini harganya murah, bisa dimakan di mana saja.
Banyak dijual di tepi jalan, harus hati-hati
INI AWEK TEPI JALAN........

IKAN BILIS
Bentuk dan rasanya gitu-gituuu... saja.
Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain.....
INI BINI SENDIRI....

Nota Kaki:
Lihatlah, apa pandangan lelaki terhadap kita, kaum wanita...so, tepuk dada, tanyalah diri sendiri ye di manakah anda?