Nuffnang

Wednesday, January 6, 2010

Gema Zafana, 26 Dis 2009

Tarian Zapin Johor Kembali Lagi Ke Istana Budaya Print

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Muzik tarian Zapin akan kembali berkumandang di Istana Budaya selepas lima tahun apabila Yayasan Warisan Johor (YWJ) menganjurkan buat kali kedua pementasan Gema Zafana 2009-Zapin Johor dari 26 hingga 29 Dis ini. Pengarah artistik bagi persembahan itu, Onn Jaafar berkata pementasan kali kedua ini turut menyaksikan artis terkenal Ramli Sarip, Datuk Rahim Razali dan Azlina Aziz sebagai artis undangan.

"Jika pementasan sulung pada 2004 lalu kami menampilkan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, kali ini kami yakin akan turut mendapat sambutan ramai dengan penampilan ketiga-tiga artis berpengalaman ini," katanya dalam sidang akhbar di sini Rabu.

Beliau berkata ia merupakan persembahan berbentuk muzikal tari yang menterjemahkan nilai-nilai sejarah, kesenian dan adat yang diamalkan masyarakat Melayu sejak dulu seperti berzanji, memotong jambul, berkhatan, nikah kahwin dan sebagainya.

"Uniknya pementasan kali ini berbanding tahun 2004 lalu ialah suntikan elemen yang lebih energetik terhadap muzik dan tariannya mengikut peredaran semasa sambil mengekalkan keasliannya," katanya.

Persembahan ini akan menyajikan 14 jenis tarian Zapin Johor serta melibatkan 250 penari serta diiringi lebih 40 pemuzik.

Orang ramai dijemput memeriahkan persembahan tersebut dan tiket berharga antara RM30 dan RM200 telah mula dijual di kaunter Istana Budaya mulai semalam.


Maka, pada 26 Disember 2009 yang lalu, aku & Alaq serta Soya & Adib telah turut sama menonton persembahan Gema Zafana itu di Istana Budaya, KL...persembahan derang itu, mmg amat memukau, naik semangat kenegerian aku :)..Hidup Johor! Hidup Johoreans! Ahakkksss

L to R: Aku, Adib & Soya

L to R: Soya, aku & Adib

Di akhir persembahan, para penonton turut serta menari zapin di pentas!





2 comments:

Gadis n Frank said...

ALAMAAKKKK!!!! APSAL AHKAK LEH TERLEPAS NI??????? RUGI BETUL....BEB, IF ADA LAGI YANG MCM NI, ROGER AHKAK CEPAT!!

Zara said...

ko suka ye nok? ok, pe pe aku roger ko k...