Ok, tajuk aku kat atas ni saja bikin gempak. Bagi siapa yang masih berhutang dengan PTPTN tu, try click sini.
Kalau korang nak check berapa lagi yang korang hutang plak, sila click sini. Tapi, korang perlu dapatkan No. Pinjaman korang dulu. Kalau tak tahu, sila hubungi HOTLINE PTPTN : 03-2080 4455 atau ajukan kepada
Aduan Online untuk mendapatkan nombor pinjaman bagi membolehkan
tuan/puan membuat semakan penyata kira-kira secara online.
Sekarang, tak ada alasan kenapa korang tak dapat or tak boleh bayar hutang PTPTN ye. Aku dulu dah buat tolakan gaji selama RM50 sebulan. Lepas tu, dah tamat perjanjian, masih lagi tunggak yelah sebab dulu aku pernah tak bayar selama tiga tahun sey. Aku dulu pinjam RM5000. Sekarang masih ada tunggak RM3200. Ni dalam proses pembayaran untuk langsaikan hutang PTPTN aku ni. InsyaAllah sekali dua lagi pembayaran akan habis. Amin.
Apapun, pada aku, saper yang berhutang tu, bayarlah. Kalau rasa tak mahu or tak mampu bayar, toksah berhutang ye kekawan. Sekarang ni, ramai aku dengar orang bercerita tentang PTPTN ni. Time korang dapat duit PTPTN pergghhh..bukan main lagi. Students dah pakai iPhonelah, Samsung Galaxy lah...lappy nak dari Apple jek..apa panggil tu? iMac? iMac Air? iMac Pro? iPad 3? Kira yang latest nya keluaran, kalau boleh semualah nak students yang dapat pinjaman PTPTN ni nak belilah...tapi, bila part nak membayar, perggghhh..siap ngan mak pak ikut memberontak. Agak-agakkan, time anak-anak dapat duit PTPTN tu, tanya tak duit tu buat beli apa? hehe
Ala, senang je konsep hidup kan? bila dah BERHUTANG tu, BAYAR jelah! Kecoh. Opsss jangan marah. Saya sekadar meluahkan pendapat. Nanti ada plak aku kena hentam! Biasalah, kita kan mudah melenting bila terkena batang hidung sendiri. Ini aku bercakap tentang diri aku. Bukan orang lain pun. Ahaksss..






















